Thursday, 17 November 2011

TABURAN PENDUDUK

Taburan penduduk di Malaysia tidak sekata.Secara umumnya taburan penduduk di malaysia boleh dipecahkan kepada tiga kawasan,iaitu kawasan berpenduduk padat,sederhana dan jarang.Hari ini trend taburan penduduk malaysia ialah kepada penduduk bercorak bandar.Ini kerana proses pembandaran yang pesat.Dari segi wilayah pula,tumpuan penduduk adalah di neger-negeri pantai barat Semenanjung Malaysia,Ini kerana kawasan-kawasan ini terdapat bandar-bandar utama,kawasan tumpuan industri utama di samping banyak sumber semulajadi yang banyak membuka peluang pekerjaan.


BANCI PENDUDUK DAN PERUMAHAN MALAYSIA 2010 (BANCI 2010)
LAPORAN TABURAN PENDUDUK DAN CIRI-CIRI ASAS DEMOGRAFI 2010

Pendahuluan
Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 (Banci 2010) merupakan banci kelima yang dilaksanakan sejak tertubuhnya Malaysia pada tahun 1963. Banci sebelum ini telah dijalankan pada tahun 1970, 1980, 1991 dan 2000. Banci merupakan projek statistik yang besar telah dijalankan bagi menghasilkan data yang berguna untuk perancangan dan pelaksanaan dasar pembangunan negara.

Ringkasan Penemuan
Banci 2010 menunjukkan jumlah penduduk Malaysia adalah 28.3 juta, berbanding 23.3 juta pada tahun 2000 (Carta 1). Ini memberikan purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan sebanyak 2.0 peratus untuk tempoh 2000-2010. Kadar ini adalah lebih rendah berbanding 2.6 peratus bagi tempoh 1991-2000 (Carta 2). Negeri yang mencatatkan kadar pertumbuhan tertinggi bagi tempoh 2000-2010 ialah W. P. Putrajaya (17.8%), diikuti oleh Selangor (2.7%), Melaka (2.6%) dan Sabah (2.1%). Antara negeri yang mengalami kadar pertumbuhan yang rendah ialah Terengganu (1.4%), Perak (1.4%), W. P. Labuan (1.3%) dan Perlis (1.2%).

1 comment: