PERTANIAN antara salah satu pekerjaan yang telah lama dilakukan di seluruh dunia bagi mendapatkan bekalan makanan.Jika dahulu, pertanian dijalankan secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri tetapi kini pertanian dijadikan satu bisnes atau perniagaan.Justeru, bagi memperoleh hasil yang tinggi sebagai ladang komersial pelbagai bahan kimia seperti baja dan racun serangga digunakanJika dibanding dengan ladang konvensional yang hasilnya untuk makan sendiri, semua baja yang digunakan adalah terhad manakala racun serangga mungkin tidak digunakan langsung.
Penggunaan racun dan baja kimia yang berleluasa mula menimbulkan kesan sampingan selepas 40 hingga 50 tahun terutama kesannya terhadap alam sekitar .
Kajian juga mendapati sisa racun dan bahan kimia dapat dikesan dalam makanan yang diambil setiap hari.Di samping itu, penggunaan racun berleluasa menyebabkan populasi serangga perosak bertambah tinggi kerana rintang atau imun terhadap racun yang diberikan selain memusnahkan serangga yang baik dan biasanya berguna sebagai agen polinasi (pendebungaan).Berbanding dengan dulu, kini penyakit pokok semakin bertambah setiap hari dengan input pertanian yang perlu ditambah.Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Dr. Abd Jamil Zakaria berkata bagi menyaingi masalah berkenaan, petani perlu beralih ke arah pertanian lestari.Pertanian lestari merupakan satu konsep pertanian mapan yang tidak mencemarkan alam sekitar.Produk pertanian lestari adalah selamat dimakan, mengurangkan pencemaran alam sekitar selain menstabilkan pendapatan petani.Peralihan daripada pertanian konvensional kepada pertanian lestari mempunyai banyak kelebihan.Selain menyumbangkan kepada pencemaran, pertanian konvensional juga membebaskan gas rumah hijau – karbon dioksida, metana dan nitros oksida yang menyebabkan pemanasan global.Penggunaan baja nitrogen secara berterusan menghasilkan nitros oksida sebagai hasil sampingan.Walaupun sektor pertanian di negara ini hanya menyumbang 10 hingga 15 peratus gas rumah hijau berbanding sektor perindustrian tetapi jika diuruskan dengan baik akan dapat memperlahankan proses pemanasan global.Dalam semua keadaan terdapat unsur karbon yang menghasilkan gas rumah hijau.Oleh itu bagi karbon perlu diselamatkan daripada bebas ke udara dan jika karbon berada di dalam bumi, suhu dijangka akan stabil.
Agen Bola Terbaik & Terpercaya
ReplyDeleteAyo Bertaruh Bersama kami di agens128. win
Dapatkan Bonus New Member 10%
Bonus cashback setiap minggunya
BBM : D8B84EE1 / BBM : AGENS128
WhatsApp : 087789221725