Tuesday, 22 November 2011

MIGRASI

MAKSUD MIGRASI : Migrasi atau penghijrahan merujuk kepada perpindahan penduduk dari satu tempat ke satu tempat yang lain melintasi sempadan daerah atau negeri atau negara. Perpindahan ini mungkin di sebabkan oleh faktor ekonomi, politik dan social

MIGRAN : Merujuk kepada orang yang berhijrah


IMIGRASI : Merujuk kepada penduduk yang berpindah masuk ke sesebuah negara atau tempat

EMIGRASI : Merujuk kepada orang yang berpindah keluar dari sesebuah negara atau tempat

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MIGRASI

1. FAKTOR EKONOMI
i. berpindah dari kawsan yang lembab ekonominya ke kawasan yang pesat dengan pembangunan untuk mencari peluang pekerjaan.
ii. Keluasan tanah yang sempit khususnya tanah petanian di luar bandar disebabkan pembahagian tanah system pusaka menyebabkan tanah tidak ekonomik dikerjakan- penduduk berhijrah untuk mencari pekerjaan lain
iii. Penggunaan jentera dalam pertanian- berlaku pengangguran di desa- terpaksa berhijrah ke kewasan lain

2. FAKTOR SOSIAL
i. Melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi- terpaksa berhijrah ke bandar- bandar utama.
ii. Mengikut keluarga yang berhijrah.
iii. Faktor agama- tempat-tempat yang ada kaitan dengan agama- contoh Mekah bagi orang Islam Ammritsar bagi orang sikh dan Banares bagi penganut hindu.

3. FAKTOR POLITIK
i. Dasar kerajaan – migrasi ke wilayah baru, dasar transmigrasi
ii. Perperangan – Vietnam, Bosnia, Afghanistan – lari meninggalkan kampung masing-masing

JENIS-JENIS MIGRASI
MIGRASI DALAMAN


 MIGRASI MUSIMAN
i. berlaku secara bermusim atau berkala
ii. berlaku di kalangan pengembala kaum nomad- badwi di Arab, Mongol di gurun Gobi – mencari air dan padang rumput untuk ternakan
iii. Kegiatan pindah ternak di Pergunungan Alps dan Pergunungan Himalaya- musim panas di pergunungan dan musim sejuk di turun ke lembah

MIGRASI DARI LUAR BANDAR KE BANDAR
i. Penduduk luar bandar berhijrah ke bandar kerana :
- kemiskinan.
- pengangguran- upah yang rendah
- tanah yang tidak eonomik untuk dikerjakan- kurang kemudahan asas- pendidikan, perhubungan

MIGRASI BANDAR KE BANDAR
i. tiada kemudahan penddidkan di bandar kecil menyebabkan golongan belia berpindah ke bandar besar untuk melanjutkan pelajaran
ii. penghijrahan secara berpetingkat- dari bandar kecil ke bandar lebih besar dan seterusya ke ibu negara

MIGRASI BANDAR KE LUAR BANDAR / BANDAR KE PINGGIR BANDAR
i. golongan pesara- menikmati hidup yang lebih segar di luar bandar
ii. pembangunan pesat di bandar- banyak rumah dirobohkan- diganti dengan bangunan pencakar langit/ bangunan komersial- terpaksa mencari tapak kediaman baru
iii. pembinaan kawasan perumahan di pinggi Bandar- kemudahan pengangkutan awam yang cekap, kenderaan sendiri yang selesa- penduduk Bandar tinggal di pinggir Bandar berulang alik ke tempat kerja setiap hari.

MIGRASI LUAR BANDAR KE LUAR BANDAR
i. Pembukaan kawasan pertanian baru – FELDA, JENGKA, DARA migrasi penduduk luar Bandar ke kawasan pertanian baru
ii. Tujuan- membasmi kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar yang tidak bertanah dan miskin.
iii. Peroindahan secara haram – membuka tanah secara haram untuk pertanain

TRANSMIGRASI
i. Migrasi dari pulau ke pulau yang dirancang oleh kerajaan
ii. Tujuan- mengurangkan masalah kepadatan penduduk yang terlalu tinggi di satu-satu pulau- contoh pulau jawa ke pulau Sumatera dan Kalimantan.

1 comment: