Pertumbuhan penduduk boleh didefinasikan sebagai Perubahan bilangan penduduk yang mendiami sesebuah sesebuah kawasasan atau negara.Perubahan ini mungkin negatif ataupun positif.Pertumbuhan penduduk yang besar berlaku di benua Asia manakala pertumbuhan penduduk terendah ialah di Eropah.Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan penduduk di sesuatu kawasan boleh dipecahkan kepada faktor kelahiran,kematian dan migrasi.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KELAHIRAN.
=Faktor hayat.
Daripada pemerhatian,didapati ada bangsa yang mempunyai kadar kelahiran yang tinggi.Namun begitu,agak sukar untuk menunjukkan sejauh mana perbezaan ras mempengaruhi kadar kelahiran.
=Faktor demografi.
Kemampuan dan juga kadar untuk melahirkan anak di kalangan penduduk muda adalah lebih tinggi berbanding dengan penduduk tua.Ketidakseimbangan dalam komposisi jantina penduduk di sesebuah negara akan memberi kesan tertentu kepada kadar kelahiran.
=Faktor sosial.
Ianya terdiri daripada umur semasa berkahwin,lamanya sesuatu perkahwinan itu dan tabiat seks.Umur perkahwinan seseorang wanita itu mempunyai hubungan yang rapat dengan tahap kesuburannya.Seseorang perempuan yang berkahwin pada umur yang muda berkecenderungan mempunyai anak yang lebih ramai berbanding dengan perempuan yang berkahwin pada umur yang tua.Semakin tinggi pendidikan seseorang wanita itu,berkemungkinan semakin kuranglah anak yang akan dilahirkan.
Agen Bola Terbaik & Terpercaya
ReplyDeleteAyo Bertaruh Bersama kami di agens128. win
Dapatkan Bonus New Member 10%
Bonus cashback setiap minggunya
BBM : D8B84EE1 / BBM : AGENS128
WhatsApp : 087789221725