Hidroponik ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah.
KELEBIHAN HIDROPONIK
Hidroponik ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
* Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
* Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;
* Bersih dan bebas daripada sebarang racun
Tanaman Yang Sesuai.
Sayur-sayuran - termasuk salad, sawi, kobis, tomato, cili, timun, kacang dan sebagainya
Bunga - ros, orkid, marigold dsb.
Foliage - palms, paku, ficus, dan house plants.
Herba - basil, chives, mint, parsley, sage, thyme, dan lain-lain.
Buah - pisang ,tembikai dan lain-lain. makhluk perosak;
* Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
* Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
* Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi. Keperluan Untuk Pertumbuhan
Sistem hidroponik tidak akan berjaya tanpa persekitaran yang baik. Seperti teknik penanaman atas tanah, ia memerlukan suhu yang sesuai, cahaya matahari yang panjang antara 8 hingga 10 jam bagi proses fotosintisis. Cahaya tiruan boleh digunakan tapi memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Kualiti air yang baik diperlukan bagi melarutkan garam mineral ( baja) bagi pembesaran pokok. Air hujan yang diambil pada pertengahan hujan boleh digunakan. Air paip perlu disimpan sekurang-kurannya satu hari sebelum digunakan bagi mengelakan kandungan klorin dan lain-lain unsur yang tinggi. Serangga perosak dan penyakit perlu dikawal untuk pertumbuhan tanaman yang sempurna.Penggunaan jaring atau kelambu dapat mengelak serangan serangga serta tidak perlu menggunakan racun makhluk perosak. Jika menggunakan racun serangga pastikan pemetikan hasil dibuat selepas seminggu dari semburan. Jika bekas hidroponik diletakkan ditempat terbuka, larutkan bersama abate mengikut kadar yang dibenarkan bagi mengelakan pembiakkan nyamuk. Adalah menjadi kesalahan mengikut undang-undang sekiranya anda membiarkan nyamuk addes membiak dan anda akan dikenakan tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa. Tanaman secara hidroponik perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak. Tanaman sayuran daun yang kecil dapat tegak terus dari medium tanaman. Bagaimanapun tanaman yang lebih besar seperti tomato, cili, terung dan lain-lain perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak.
No comments:
Post a Comment